Friday 19 February 2016

Sebab - sebab Brunei tidak menyertai Malaysia


Sebab - sebab Brunei tidak menyertai Malaysia


Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.


Antara sebab-sebab yang dipersetujui oleh Sultan Omar Ali Saifudin III ketika rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah :-

1.  Kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.

2.  Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

3.  Tuntutan Sultan Brunie tidak dipenuhi dan antara tuntutan tersebut :
  • Sekurang-kurangnya brunei mendapat 10 kerusi di Parlimen.
  • Hasil minyak adalah dibawah penguasaan Brunei.
  • Brunei juga diberi memegang autonomi kewangan.
  • Semua pelaburannya hendaklah dikekalkan.
  • Kadar cukai yang rendah dikekalkan.
  • Program pendidikan dan kebajikannya diteruskan.
  • Jaminan keselamatan keatas Brunei terjamin.
  • Sultan Brunei mahukan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan memjadi Yang Dipertua Agung.



Antara hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Peta Brunei

Sultan Hassanal Bolkiah (Sultan Brunei Sekarang)

Soalan
  1. Sultan apakah yg menolak untuk bersama sama dgn Malaysia ?
  2.  Apakah sebab-sebab Brunei tidak menyertai Malaysia ?
  3. Apakah hujah hujah dalam pembentukan Malaysia

No comments:

Post a Comment